Hati Anugerah Teragung





Tuhan Itu Maha Adil, Maha Berkuasa ke atas semua makhlukNYA di dunia yang fana ini.

Kehebatan Allah terlalu banyak dan indah. Manusia juga merupakan bukti kekuasaan ALLAH dalam  menciptakan alam ini. Manusia adalah makhluk yang istimewa dan mempunyai ciri yang sangat complex. Dalam tubuh badan manusia terlalu banyak misteri. Misteri yang paling utama ialah hati…. Tiada pengkaji yang mampu mengkaji bagaimana hati boleh melahirkan pelbagai perasaan dan naluri yang pelbagai.
Hati hanyalah segumpal darah yang membentuk organ. Hati juga tidaklah terlalu besar saiznya….namun HATI terlalu BESAR peranannya terhadap manusi kerana hati adalah anugerah yang besar maknanya yang ALLAH berikan dan kurniakan kepada manusia… dengan adanya hati dalam tubuh badan manusia, kita mampu melahirkan pelbagai perasaan yang sukar untk diungkapkan dengan kata-kata….. namun perasaan itu, hanya dapat kita rasai di dalam hati…

Tiada satu pun manusia yang mampu membaca hati orang lain, apa yang terbuku di dalam hati adakalanya indah untuk disimpan dan adakalnya sangat sakit, namun sakit itu tidak kita dapat zahirkan melalui kata-kata dan hanya hati yang dapat merasa kesakitan yang di alaminya….
Hati juga penggerak utama kepada manusia…. Hati yang bersih akan melahirkan perasaan yang penuh dengan kasih sayang dan cintakan kedamaina, keharmonian dan segala perasaan yang embawa kepada kebahagian…. Namun hati yang kotor, akan melahirkan pelbagai rasa dendam, marah, benci, iri hati dan segala yang membawa kepada kehancuran…. Namun, tidak ada manusia yang sempurna, kadang kala kita akan merasa pahit manis perasaan yang lahir daripada hati…perasaan yang bercampur antara suka dan duka….

Hati menyimpan perasaan sayang yang mendalam terhadap pelbagai perkara, dan melahirkan rasa cinta…. Hati mudah untuk menyayangi… dan hati sangat mudah untuk mencinta….. mencintai dengan sepenuh hati membuatkan kita terasa indahnya nikmat kasih sayang yang ALLAH berikan membuatkan kita seperti terbang di awang-awangan, apatah lagi bila perasaan itu dibalas oleh insan yang membekas di dalam hati kita….. Terlalu mudah hati memahatkan nama insan yang kita sayangi hingga setiap ketika hati kita akan terdetik untuk mengingati insan yang tertulis di dalamnya… Hati yang disulami rasa cinta, akan menzahirkan kebahagiaan dan memancarkan seri di wajah pemilik hati yang sedang mencintai… Hati juga bukan hanya mampu menyimpan satu nama di dalamnya, dan bukannya hanya melahirkan rasa cinta kepada insan yang bernama kekasih, namun hati juga memuatkan perasaan cinta kepada insan-insan lain yang bermakna dalam hidup kita seperti ibu bapa, keluarga, rakan dan sebagainya dan melahirkan rasa cinta kepada makhluk lain serta yang paling utama melahirkan rasa cinta dan kesyukuran kepada yang MENCIPTAKANNYA...  Alangkah besarnya anugerah Allah, besarnya nikmat dan peranan hati yang dikurniakan…

Sungguhpun hati kita besar perananya, namun hati juga punyai rasa sensitive terhadap pelbagai perkara…. Walaupun hati melahirkan rasa cinta, kasih sayang dan bahagia…. Namun hati juga akan merasakan kesakitan yang tidak mampu untuk diluahkan, hanya air mata yang mampu mengubati rasa sakit yang dirasakan oleh hati namun tidak dapat menyembuhkan luka yang terpahat di dalamnya ..

Luka yang mencalar sedikit demi sedikit di dalam hati perlahan-lahan akan menghakis nama yang terukir didalamnya…. hati juga sanggatlah rapuh sifatnya, bila ianya dilukai, luka yang membekas sangat dalam dan hati yang terluka itu ibarat kaca yang jatuh pecah dan berderai, sekiranya ianya telah pecah dan di cantumkan semula, kaca itu tidak akan sama seperti yang sbelumnya dan retakan padanya akan terlihat dengn jelas. Begitulah juga hati, bila ianya sudah kerap kali dilukai, cinta yang dirasakan sudah tidak akan sama lagi dengan cinta yang berbunga harum mekar dan segar pada mulanya, dan bukan mudah untuk menyemai rasa cinta itu lagi, apatah lagi untuk melihatnya mekar dan segar seperti tumbuhnya di permulaan perjalanan ….

P/S :: MENJAGA SEKEPING HATI BUKAN MUDAH DAN MENJAGA SEKEPING HATI LEBIH SUSAH DARIPADA MENJAGA SEGUNUNG INTAN DAN PERMATA….. 

Friend.......Everything is fine until the day.....



Hari ni nak post benda yang sedih sikit...huhuhu...........
Aku punyai ramai kawan dan masing2 punyai pelbagai ragam dan perangai yang berbeza......
bertemu dengan kawan2 yang baru memang sesuatu yang indah apatah lagi kita bertemu dan mengenali mereka dengan pelbagai cara.......
ada yang ak kenali dengan cara yang baik...
ada yang ak kenali bermula dari pergaduhan.... huhuuhu....
lucu sangat bila di imbas kembali kenangan masa mula-mula mengenali mereka....

Yang dikenali dengan cara yang baik alhamdulillah berkekalan dan tiada masalah sampai sekarang dan berharap agar kekallah hubungan ni sampai akhir nanti tanpa sebarang masalah yang menjejaskan persahabatan.... tapi biasalah kan, dalam berkawan ni kadang-kadang ada juga berlaku salah faham.... cuma kitalah yang kena fikir sama ada mau teruskan salah faham tu jadi perkara yang besar ataupun sebaliknya....
umur sudah meningkat dewasa ni xkan berperangai mcm budak-budak kan.... pandai-pandailah kita fikirakan.


Sebaliknya kawan yang ak kenali bermula dengan salah faham berbeza sikit... hehehe.....
Mula-mula masa berlaku salah faham tu, lama juga dia x suka ak, sedangkan ak try juga bercakap dengan dia...hahaha....tapi ntahlah mungkin susah kan mau memahami orang...hehehe.....
Tapi ntah mcm mana, org yg x suka kat ak tu blh jadi kawan....hahahah...... lucu sangat......
Mulanya memang indah....mcm2 perkara dilakukan bersama....hehehe...... n banyak juga perkara baru yang ak belajar dari mereka....hehe....ak belajar naik bas buat pertama kalinya n so on.....

Tapi, semuanya xakan selamanya indah.........sedangkan pantai boleh berubah inikan lagi hati manusia.....
Hari demi hari semakin mengenali....semakin mengenali dan semakin banyak pula salah faham yang berlaku..... berharap salah faham tu x menjejaskan apa-apa........ tapi sebaliknya...... Harapan tinggal harapan....ak rasa semakin menjauh... bukan kerana apa...cuma sikap yang kurang disenangi......
Ak juga manusia biasa kan.....rasa apa yang orang lain rasakan...... hehehe........ walaupun semakin terasa ada jarak yang memisahakan tapi perhubungan itu masih dirasakan selamat....... SAMPAILAH HARI YANG MENGUBAH SEGALANYA..... hahaha...........
X apa lah...ak yakin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya....mungkin ini jalan yang ALLAH bagi untuk mendewasakan hambanya ini....n ak yakin, disbalik kejadian itu, ada sesuatu yang akan menanti di hadapan..... hehehe....

Sebagai Sahabat, ak hanya mampu berdoa...Agar dia juga menyedari "APABILA KITA TIDAK MENYENANGI ORANG, BEGITULAH JUGA ORANG RASAKAN TERHADAP KITA".....
hehehe....... kita tahu kita banyak bersabar dengan org....tapi adakah kita sedar bahawa orang2 sekeliling kita juga banyak bersabar dengan kita??? hehehe.... bersyukurlah orang yang bersabar dengan kita masih mampu untuk bersabar sebab xmau mencetuskan apa2.....dan kita pula, sama-samalah muhasabah diri....dan dari perkara yang berlaku ni....ak sedar banyak perkara juga.......

P/S ::
~ "Kemarahan yang dilontarkan bukan sesuatu yang akan menyelesaikan masalah, tapi sebalikanya akan mencetusakan banyak perkara buruk dan menyebabkan orang akan rasa kurang senang dengan kita"
~ "Menegur biar dengan cara yang membina, bukannya dengan cara yang membinsakan"
~ " Apa yang kita rasakan betul, x semuanya betul & jangan serkap jarang"
~ " Semoga belajar dari kesilapan"


Mata dan Hati




~ Duhai Hati mengapa bersedih??? Pemilikmu ini berfikir tentang apa yang sedang engkau rasakan???
~ Duhai hati kenapa begini??? Pemilikmu ini runsing memikirkannya…..
~ Duhai hati apa yang berlaku???? Pemilikmu ini tak berdaya meluahkannya…
Duhai hati,
Kadangkala apa yang kau rasakan amat sukar untuk diluahkan dari bibir yang memzahirkan dengan kata-kata untuk diperdengarkan pada telinga yang sudi mendengarnya.
Hati tidak ada siapa pun yang mampu membaca apa yang tersirat dalam diri mu, tiada siapa yang mampu mentafsir apa yang terbuku dalam dirimu. Hati, hanya Allah dan pemilikmu ini sahaja yang mampu mendengar dan merasakan apa yang kau rasakan, namu hati… bibir pemilikmu ini ibarat terkunci hingga tidak dapat meluahkan rasa yang tertanggug, bibir pemilikmu ini tidak dapat berbicara kerana apa yang kau rasakan sukar untuk diluahkan dan mungkin sukar untuk mereka fahami….
Hati, walau bibir pemilikmu ini tidak mampu berbicara, namun mata pemilikmu ini memahami segalanya,,,,apa yang kau rasakan tidak dapat dibicarakan oleh bibir namun mata mampu menzahirkan apa yang kau rasakan walaupun mata tidak bersuara namun deraian air mata yang mengalir membawa bersama isi hati yang terbuku dalam hatimu. Air mata pemilikmu ini masih mampu mengalirkan deraian air mata untuk melontarkan segala-gala yang kau rasakan….
Wahai hati….. berkatalah sepuasnya bersama deraian air mata, kerana hanya ini yang pemilikmu mampu lakukan untuk mengubat luka yang kau rasakan. Air mata merupakan teman sejati saat bibir tidak mampu membicarakan…. Hati bersabarlah…kerana bersabar itu adalah sebaik-baik perkara yang pemilikmu ini mampu lakukan dan mata sentiasa bersedia saat kau memerlukan

Jika Menyatakan Cinta...... Laksanakanlah Tips Berikut.......


PERTAMA;  Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA; Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA; Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT; Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA; Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM; Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH: Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN; Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN: Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH; Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS; Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS; Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS; Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS: Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS; Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS; Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS; Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS; Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS; Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH; Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU; Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Kasihnya Seorang IBU............

IBU..................
AYAH.....................


Setiap Insan yg lahir kat dunia ni Sudah smestinya lahir da dilahirkan oleh seorang ibu kan????
Ya lah. tanpa ibu dan ayah siapalah kita untuk lahir ke dunia yg penuh Pancarobah ini.......
Ibu mengandungkan kita selama 9bulan 9hari......
bayangkan lah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya??
Kita dikandung, beratnya ibu mengendong kita dalam kandungan ke hulu ke hilir tanpa ada sebarang keluhan pun....... Pengorbanan ibu saat melahirkan kita......Bertarung dengan nyawa demi melahirkan kita ke dunia???? Tidak kita tahu betapa sakitnya dan peritnya saat ibu melahirkan kita ke dunia ini kan???
Setelah kita di lahirkan, ibulah yg mengasuh dan menjaga kita......
Siang malam berjaga ketika kita sakit.......
Menyediakan makan, minum dan pakai untuk kita secukupnya........
Menemani kita saat kita bersedih.......
Memujuk kita saat kita berduka.......
merawat luka saat kita terluka.......
mendengar keluh kesah kita.........
menyapu air mata kita.................
menjadi pendengar yg setia........
Mengajar kita apa yang betul & apa yang salah......
Ibu adalah segala-galanya dalam Hidup kita.............
Ibu tidak pernah bosan mengasuh, membelai, memeluk, mencium, mangasihi, menyayangi, menasihati, memperbetulkan dan mendidik kita sampailah kita dewasa.......
Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan,kebahagiaan dan kejayaan untuk anak-anaknya........


Namun.......
Dewasa ini.....semakin ramai dalam kelangan muda yang tidak menghargai pengorbanan seorang ibu.......
Bila dah dewasa.......
Bila dah Berjaya,,,,,,,
Bila dah Berkerjaya.......
Bila dah Kaya........
IBU BAPA dibuang ibarat sampah ataupun kain buruk yang sudah tidak berguna.............
IBU BAPA dihantar ke rumah kebajikan.........
IBU BAPA dilupakan begitu sahaja setelah besarnya pengorbanan yang mereka taburkan untuk kita......


Begini kah Anak muda sekarang membalas jasa ibu bapa?????????????
Susah sangatkah menjaga ibu bapa yang telah uzur dan tua sehingga kita mencampakkan mereka ibarat sampah dan meninggalkan mereka di rumah-rumah kebajikan demi tidak menyusahkan hidup kita menjaga dan membalas semula jasa ibu bapa yang tidak mingkin terbalas dan terbeli danga wang ringgit......
Tiada kah perasaan sayang dan belas kasihan anak-anak terhadap ibu bapa????????????????
Di mana kah perginya sifat perikemanusiaan yang ada??????????????????
Hilang sudahkah rasa cinta dan kasih kita terhadap Ibu Bapa yang banyak berkorban untuk kita?????????????


Wahai anak muda.....
Wahai anak bangsa............
Bangunlah kita dari mimpi.......
Sedarlah bahawa kemewahan bukan selama-lama............
Ingatlah jasa dan pengorbanan Orang Tua kepada kita.........
Jangalah kita lupa dan alpa..............
Tanpa Ibu.............
Tanpa Bapa..................
Kita  TIDAK MUNGKIN AKAN LAHIR KE DUNIA INI.................
SAYANGI, CINTAI DAN HARGAI LAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA SEMENTARA ALLAH MASIH MEMBERI KESEMPATAN KEPADA KITA UNTUK MENIKMATI DAN MEMBERI KASIH SAYANG KEPADA MEREKA..................
SEBELUM JASAD MEREKA TIDAK LAGI MEMELUK KITA....................
SEBELUM SUARA MEREKA TIDAK LAGI MENDODOI KITA...................
SEBELUM ALLAH MENJEMPUT MEREKA....................
HARGAILAH IBU BAPA KITA...................
JANGALAH KITA MENSIA-SIAKAN MEREKA..................................
SESUNGGUHNYA..............................
SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU............................