Hati Anugerah Teragung





Tuhan Itu Maha Adil, Maha Berkuasa ke atas semua makhlukNYA di dunia yang fana ini.

Kehebatan Allah terlalu banyak dan indah. Manusia juga merupakan bukti kekuasaan ALLAH dalam  menciptakan alam ini. Manusia adalah makhluk yang istimewa dan mempunyai ciri yang sangat complex. Dalam tubuh badan manusia terlalu banyak misteri. Misteri yang paling utama ialah hati…. Tiada pengkaji yang mampu mengkaji bagaimana hati boleh melahirkan pelbagai perasaan dan naluri yang pelbagai.
Hati hanyalah segumpal darah yang membentuk organ. Hati juga tidaklah terlalu besar saiznya….namun HATI terlalu BESAR peranannya terhadap manusi kerana hati adalah anugerah yang besar maknanya yang ALLAH berikan dan kurniakan kepada manusia… dengan adanya hati dalam tubuh badan manusia, kita mampu melahirkan pelbagai perasaan yang sukar untk diungkapkan dengan kata-kata….. namun perasaan itu, hanya dapat kita rasai di dalam hati…

Tiada satu pun manusia yang mampu membaca hati orang lain, apa yang terbuku di dalam hati adakalanya indah untuk disimpan dan adakalnya sangat sakit, namun sakit itu tidak kita dapat zahirkan melalui kata-kata dan hanya hati yang dapat merasa kesakitan yang di alaminya….
Hati juga penggerak utama kepada manusia…. Hati yang bersih akan melahirkan perasaan yang penuh dengan kasih sayang dan cintakan kedamaina, keharmonian dan segala perasaan yang embawa kepada kebahagian…. Namun hati yang kotor, akan melahirkan pelbagai rasa dendam, marah, benci, iri hati dan segala yang membawa kepada kehancuran…. Namun, tidak ada manusia yang sempurna, kadang kala kita akan merasa pahit manis perasaan yang lahir daripada hati…perasaan yang bercampur antara suka dan duka….

Hati menyimpan perasaan sayang yang mendalam terhadap pelbagai perkara, dan melahirkan rasa cinta…. Hati mudah untuk menyayangi… dan hati sangat mudah untuk mencinta….. mencintai dengan sepenuh hati membuatkan kita terasa indahnya nikmat kasih sayang yang ALLAH berikan membuatkan kita seperti terbang di awang-awangan, apatah lagi bila perasaan itu dibalas oleh insan yang membekas di dalam hati kita….. Terlalu mudah hati memahatkan nama insan yang kita sayangi hingga setiap ketika hati kita akan terdetik untuk mengingati insan yang tertulis di dalamnya… Hati yang disulami rasa cinta, akan menzahirkan kebahagiaan dan memancarkan seri di wajah pemilik hati yang sedang mencintai… Hati juga bukan hanya mampu menyimpan satu nama di dalamnya, dan bukannya hanya melahirkan rasa cinta kepada insan yang bernama kekasih, namun hati juga memuatkan perasaan cinta kepada insan-insan lain yang bermakna dalam hidup kita seperti ibu bapa, keluarga, rakan dan sebagainya dan melahirkan rasa cinta kepada makhluk lain serta yang paling utama melahirkan rasa cinta dan kesyukuran kepada yang MENCIPTAKANNYA...  Alangkah besarnya anugerah Allah, besarnya nikmat dan peranan hati yang dikurniakan…

Sungguhpun hati kita besar perananya, namun hati juga punyai rasa sensitive terhadap pelbagai perkara…. Walaupun hati melahirkan rasa cinta, kasih sayang dan bahagia…. Namun hati juga akan merasakan kesakitan yang tidak mampu untuk diluahkan, hanya air mata yang mampu mengubati rasa sakit yang dirasakan oleh hati namun tidak dapat menyembuhkan luka yang terpahat di dalamnya ..

Luka yang mencalar sedikit demi sedikit di dalam hati perlahan-lahan akan menghakis nama yang terukir didalamnya…. hati juga sanggatlah rapuh sifatnya, bila ianya dilukai, luka yang membekas sangat dalam dan hati yang terluka itu ibarat kaca yang jatuh pecah dan berderai, sekiranya ianya telah pecah dan di cantumkan semula, kaca itu tidak akan sama seperti yang sbelumnya dan retakan padanya akan terlihat dengn jelas. Begitulah juga hati, bila ianya sudah kerap kali dilukai, cinta yang dirasakan sudah tidak akan sama lagi dengan cinta yang berbunga harum mekar dan segar pada mulanya, dan bukan mudah untuk menyemai rasa cinta itu lagi, apatah lagi untuk melihatnya mekar dan segar seperti tumbuhnya di permulaan perjalanan ….

P/S :: MENJAGA SEKEPING HATI BUKAN MUDAH DAN MENJAGA SEKEPING HATI LEBIH SUSAH DARIPADA MENJAGA SEGUNUNG INTAN DAN PERMATA…..