Mata dan Hati




~ Duhai Hati mengapa bersedih??? Pemilikmu ini berfikir tentang apa yang sedang engkau rasakan???
~ Duhai hati kenapa begini??? Pemilikmu ini runsing memikirkannya…..
~ Duhai hati apa yang berlaku???? Pemilikmu ini tak berdaya meluahkannya…
Duhai hati,
Kadangkala apa yang kau rasakan amat sukar untuk diluahkan dari bibir yang memzahirkan dengan kata-kata untuk diperdengarkan pada telinga yang sudi mendengarnya.
Hati tidak ada siapa pun yang mampu membaca apa yang tersirat dalam diri mu, tiada siapa yang mampu mentafsir apa yang terbuku dalam dirimu. Hati, hanya Allah dan pemilikmu ini sahaja yang mampu mendengar dan merasakan apa yang kau rasakan, namu hati… bibir pemilikmu ini ibarat terkunci hingga tidak dapat meluahkan rasa yang tertanggug, bibir pemilikmu ini tidak dapat berbicara kerana apa yang kau rasakan sukar untuk diluahkan dan mungkin sukar untuk mereka fahami….
Hati, walau bibir pemilikmu ini tidak mampu berbicara, namun mata pemilikmu ini memahami segalanya,,,,apa yang kau rasakan tidak dapat dibicarakan oleh bibir namun mata mampu menzahirkan apa yang kau rasakan walaupun mata tidak bersuara namun deraian air mata yang mengalir membawa bersama isi hati yang terbuku dalam hatimu. Air mata pemilikmu ini masih mampu mengalirkan deraian air mata untuk melontarkan segala-gala yang kau rasakan….
Wahai hati….. berkatalah sepuasnya bersama deraian air mata, kerana hanya ini yang pemilikmu mampu lakukan untuk mengubat luka yang kau rasakan. Air mata merupakan teman sejati saat bibir tidak mampu membicarakan…. Hati bersabarlah…kerana bersabar itu adalah sebaik-baik perkara yang pemilikmu ini mampu lakukan dan mata sentiasa bersedia saat kau memerlukan