Jika Menyatakan Cinta...... Laksanakanlah Tips Berikut.......


PERTAMA;  Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA; Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA; Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT; Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA; Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM; Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH: Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN; Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN: Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH; Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS; Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS; Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS; Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS: Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS; Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS; Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS; Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS; Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS; Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH; Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU; Ada ketikanya anda perlu bersendirian.